05 August 2011

BAGAIMANA CARA NABI S.A.W MEMBACA TASBIH?

Bismillah wal Hamdulillah..

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: رَأَيْتُ النَّبِيَّ يَعْقِدُ التَّسْبِيْحَ ...بِيَمِيْنِهِ.

Dari Abdullah bin Umar, dia berkata: “Aku melihat Rasulullah menghitung bacaan tasbih (dengan jari-jari) tangan kanannya.”
(HR. Abu Dawud dengan lafazh yang sama 2/81, At-Tirmid
zi 5/521, dan lihat Shahihul Jami’ 4/271, no. 4865)

Sumber:HiMPUNAN DOA-DOA DARiPADA HADiS

14 February 2011

يا رسول الله يا حبيب الله

Bismillah wal Hamdulillah....

hanya tinggal 20 minit sahaja lagi untuk melangkah ke 12 Rabiul 'Awwal 1432H- kelahiran kekasih Allah. Nabi Muhammad SAW...saya sangat teruja:)... اللهم صلى على سيدنا محمد ...

tika ini, saya melawat blog2 dan FB rakan2...dan banyak artikel yang membuatkan saya rasa terharu apabila membacanya...izinkan saya nukilkan kembali tulisan sahabat2 di dalan blog saya...

jazakallahu khairan kathiran :)



Dari FB : MSS

Satu kisah yang mungkin menjelaskan kepada kita bagaimana cintanya sahabat terhadap Nabi SAW. Saidina Umar al-Khattab ada mengisahkan begini: “Saya berjalan bersama-sama Nabi SAW sambil diiringi sahabat yang lain. Kemudian baginda berjalan memimpinku. Umar pun berkata: Demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku benar-benar menyintaimu.” Hebat sekali sentuhan kasih sayang antara sahabat terhadap Rasulullah SAW.

Dilanjutkan kisahnya, Nabi SAW pun berkata: “Melebihi cintamu kepada orang tuamu, wahai Umar? Umar pun menjawab: Ya Rasulullah. Kemudian, Nabi SAW bertanya lagi: Melebihi cintamu kepada hartamu, wahai Umar? Umar mengatakan: Ya Rasulullah. Nabi SAW meneruskan lagi pertanyaan kepada sahabatnya itu: Melebihi dirimu, wahai Umar? Umar berkata: Tidak.”

Seketika kemudian Nabi SAW pun mengatakan kepada Umar: “Tidak wahai Umar. Tidak sempurna imanmu sampai engkau menyintaiku melebihi dirimu sendiri.” Umar pun keluar buat sementara sambil berfikir, kemudian kembali dengan begitu semangat lalu berkata: “Demi Allah, wahai Rasulullah. Sungguh aku menyintaimu melebihi diriku sendiri.” Mendengar pengakuan daripada Umar itu, Nabi saw pun berkata: “Sekarang, wahai Umar (baru benar).” Begitulah didikan Nabi SAW kepada sahabatnya menanam sikap cinta terhadapnya dan ternyata tarbiah Rasulullah SAW telah mewujudkan insan Muslim yang begitu cinta terhadap nabinya sehingga sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan agama.

Ini satu lagi kisah menarik yang cukup menyentuh hati kita dan boleh memupuk jiwa bagaimana menyintai Nabi SAW. Diriwayatkan bahawa beberapa hari Nabi SAW tidak terlihat oleh pembantunya, Tsauban. Ketika dia nampak Nabi SAW datang, maka Tsauban pun berkata: “Saya rindu kepadamu, wahai Rasulullah.” Kemudian Tsauban menangis, lalu Nabi SAW berkata kepadanya: “Apakah hanya ini engkau menangis?” Tsauban mengatakan: “Tidak, wahai Rasulullah, akan tetapi saya teringat tempat engkau di syurga sedangkan saya membayangkan tempat saya amatlah mengerikan.”

Maka Nabi SAW berkata: “Wahai Tsauban, orang itu akan dikumpulkan bersama orang yang dicintainya.” Begitulah hebatnya sahabat Nabi SAW yang nyata rasa cinta mereka terhadap Nabi SAW sangat tinggi. Bagaimana dengan keadaan kita sekarang? Bagaimana dengan segala pesanannya melalui kenyataan hadis baginda sudahkah kita jadikan pedoman hidup? Atau kita hanya ingat dan rasa begitu sayang dan cintakan Nabi SAW tatkala tibanya Maulidur Rasul saja!

Kita hendaklah membuktikan kecintaan kepada Nabi SAW dengan mempamerkan jalan hidup yang menepati susur galur sunnahnya dan sentiasa memperbanyakkan bacaan selawat kerana inilah mekanisme yang terbaik menjadikan diri kita benar-benar cintakan baginda. Hidup berkeluarga seperti yang dipandukannya. Hidup bermuamalat juga menuruti jalan yang dipamerkan Rasulullah SAW.

Begitu juga dengan akhlak diri seharusnya sejajar dengan akhlak mulia kerana Nabi SAW tidak pernah putus berpesan mengenai perlunya kita berakhlak mulia itu. Sabda Nabi SAW dan ingatlah kata-kata baginda ini sepanjang hayat dikandung badan: “Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya dariku pada hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

>>>>Dari blog: ilmuanmuda.wordpress.com

Cinta, kasih dan rindu Rasulullah

Mesej yang diforward bertalu-talu masuk ke kotak YM saya sejak seminggu ini, mengajak mengingati hari kelahiran Rasulullah SAW. Sehinggakan saya rasa ada pekara yang luar biasa akan berlaku. Maulidur Rasul pada tahun ini agak mempunyai nilai tersendiri kerana hanya berselisih sehari dengan Valentine’s Day, hari yang mana pasangan kekasih mengingati dan menghadiahkan sesuatu kepada pasangannya.

Bagi kita orang Islam, cinta yang tertinggi adalah cinta Allah dan Rasul. Tiada yang lebih agung daripadanya. Cinta yang akan membawa kita tenang di dunia dan di alam sana. Jauh lebih mulia daripada cinta manusia yang kita sayangi. Ibu, ayah, suami, isteri, pakwe, makwe, balak, awek dan sebagainya, semuanya tidak bermakna tanpa cinta Allah dan Rasul.

Sejak 3 tahun yang lalu, saya melazimi pengajian Riyadhus Solihin di Jamik Ammar bin Yasir di Kafarsuseh. Walaupun telah hampir 3 tahun pengajian khususi ini, saya baru menghabiskan separuh kitab. Walhal ada sahabat saya yang mampu menghabiskan bacaan kitab ini dalam masa sebulan Ramadhan sahaja. Kitab ini adalah karangan Imam an-Nawawi yang menghimpunkan hadis-hadis untuk memberi pengajaran kepada kita tentang tatacara hidup muslim yang sebenar.

Antara perkara yang membuatkan saya masih bertahan mengikuti pengajian ini ialah cara sheikh mengupas hadis, lebih-lebih lagi apabila menyentuh peribadi Rasulullah. Dari riak wajahnya, amat jelas rindunya kepada baginda. Airmatanya kelihatan hampir berlinangan walaupun bercerita mengenai Rasulullah kurang 3 minit. Seringkali saya bertanya bagaimanakah saya boleh mempunyai perasaan yang sebegitu? Cinta dan rindu kepada seseorang yang kita tidak kenal rupanya dan tidak pernah jumpa. Malah menjadikannya sebagai cinta agung. Sudah banyak kali saya melihat para masyayikh Syam teruja apabila menceritakan peribadi Rasulullah di kala saya hanya mempunyai perasaan biasa. Iri hati saya dibuatnya.

Mungkin maksiat yang saya lakukan menyebabkan cinta tulus itu sukar hadir di dalam diri saya. Kesalahan yang dibuat setiap hari tanpa taubat boleh menghalang rindu itu bertandang dihati. Sudah pasti rindu itu hasil dari perasaan cinta dan kasih yang tidak terhingga kepada baginda, sehingga rindu itu membuatkan kita merasai nikmat yang tiada tolok bandingnya. Dan sudah pasti juga nikmat itu tidak akan diperolehi oleh orang yang selalu berbuat kesalahan.. Oh Allah, bantulah hamba-Mu ini.

Agar cinta itu hadir dalam diri ini.

Agar kasih itu menyerap dalam denyut nadi ini.

Agar dapat menikmati kelazatan cinta dan kasih dalam setiap butiran tasbih tatkala berselawat ke atas baginda.

Agar baginda mengaku diri ini sebagai umatnya.

Agar diri ini berada di bawah panjinya di akhirat sana.

Agar diri ini mendapat syafaatnya.

Agar diri ini bisa meraih cinta-Mu Ya Allah.

Saya melihat ada beberapa amalan yang sering dibuat oleh syeikh saya yang pada pandangan saya boleh melahirkan perasaan tersebut pada diri mereka. Antaranya ialah melazimi pengajian hadis dan sentiasa menjalankan usaha dakwah walau apapun pekerjaan “rasmi”nya.

Syeikh saya adalah tukang buat perabot. Namun dia tetap aktif berdakwah, belajar dan mengajar. Pengajian Sheikh As’ad sentiasa diikuti. Pada waktu Dhuha akan mengajar kami. Siang bekerja “rasmi”. Selepas maghrib mengikuti pengajian lain. Selepas isyak mengajar lagi. Di waktu lain, ada sahaja program-program untuk orang muda dan kanak-kanak di masjid dia akan terlibat sama.

Pengajian hadis membuatkan kita sentiasa membaca dan merenung hadis Rasulullah SAW. Dari situ kita cuba untuk mengikutinya dan mengamalkannya. Kerja-kerja dakwah pula membuatkan kita sentiasa mencari-cari contoh Rasulullah apabila berdakwah. Juga menguatkan kita apabila dirintangi dengan cabaran dan tribulasi di lapangan dakwah. Kita dapat merasakan apa yang Rasulullah rasa. Ini membuatkan kita dekat dengan baginda.

Memang rasa cinta, kasih dan rindu itu tidak mudah untuk hadir. Kita perlu berkorban. Kalau orang yang menyambut Valentine sanggup menghabiskan duit untuk memberi hadiah kepada kekasihnya, apatah lagi kita !!

Hadis untuk renungan:

روي أن رسول صلى الله عليه وسلم خرج إلى المقبرة فقال السلام عليكم دار قوم مؤمنين وانا ان شاء الله بكم لاحقون وددت انى قد رأيت اخوانا قالوا يا رسول الله السنا اخوانك قال بل أنتم أصحابي واخواننا الذين لم يأتوا بعد وانا فرطهم على الحوض قالوا يا رسول الله كيف تعرف من ياتي بعدك من أمتك قال أرأيت لو كان لرجل خيل غر محجلة في خيل دهم بهم الا يعرف خيله قالوا بلى يا رسول الله قال فإنهم يأتون يوم القيامة غرا محجلين من الوضوء وانا فرطهم على الحوض فليذادن رجال عن حوضى كما يذاد البعير الضال أناديهم الا هلم الا هلم فيقال انهم بدلوا بعدك فأقول فسحقا فسحقا فسحقا

13 July 2010

Ku rindu padamu ya Rasulullah...T_T

Dengan zatMu Ya Allah, ku menulis...

“Andai diberi peluang selama 1 minit utk berjumpa dengan Rasulullah, apa yang akan kamu lakukan”

Terkedu saya melihat satu program reality rancangan di Mesir, ala-ala “Bang bang BOOM di Malaysia.. Tapi program reality ni sangat Islamic..pengacara bertanya pada seorang muslimah mesir di supermarket. Ketika itu, muslimah tersebut melihat buah pisang jatuh di atas lantai dan meletakkan buah pisang di atas tempat buah. Lalu pengacara tersebut menyerbu muslimah tersebut dan mengatakan “inilah sifat Mahmudah yang ditunjukkan.” Dan terus pengacara tersebut bertanya: “Andai diberi peluang selama 1 minit utk berjumpa dengan Rasulullah, apa yang akan kamu lakukan?”

Muslimah tersebut terus terdiam lalu menangis (saya melihat pada dirinya seakan sebak di dada bila diacukan soalan tersebut), lalu muslimah itu menjawab: “Ya Rasulullah,bawalah aku keluar dari dunia ini.. ”

Ya Allah…diri ini rindu pada kekasihMu, diri ini teringin sangat nak menatap wajahnya, ishkk…alangkah bertuahnya golongan2 yang bermimpi dengannya…alangkah…tapi bila difikir balik…layakkah aku bertemu dengannya?? Iskk.. ALLAHUMMASALLI ‘ALA MUHAMMAD, WA’ALA ALISAYYIDINA MUHAMMAD…


***2 hari lepas, saya berjumpa dengan wan suhaili yg baru balik dri umrah,beliau brcerita tntng seorang makcik yg brmimpi ada seorang lelaki sdg menangis teresak2 di hdpn pintu kaabah,tangisnya sprt knk2 yg penuh sedu&sedan..makcik itu brtanya:"knp menangis wahai org muda?",lelaki itu mnjwb:"aku sedih krn mlht UMMATKU skrng rmi yg LALAI"..ketahuilah sahabat2, lelaki yg menangis itu adlh KEKASIH ALLAH,RASULULLAH SAW junjungan mulia..

12 July 2010

فقه القضاء والدعوى والإثبات

فقه القضاء والدعوى والإثبات RKFQ4165A

Kelas pertama فقه القضاء والدعوى والإثبات tadi, kul 11.30 pagi, best23x..hehehe..dapat pulak dr. sayed sikandar(3 sem berturut-turut ambil dengan ust J)

Aim saya utk semester ni; PUBLISH kat blog ape2 yang berkaitan dengan madah yang diambil utk sem ni..doakan,,biiznillah..

Antara out come learning utk فقه القضاء والدعوى والإثبات :

١. يعرف معنى التنظيم القضائي، وتطوره في التاريخ الإسلامي.

٢. يبين نظام المحاكم الشرعية ، والإجراءات القضائية في ماليزيا.

٣. يدرك كيفية المرافعات وإجراءات الدعوى في القضاء الإسلامي.

٤. يميز بين أدلة إثبات الدعوى، وطرق الحكم في إثبات الحقوق كالشهادة،

والإقرار، واليمين، والقرائن، والأدلة العلمية الحديثة للكشف عن الجريمة.

٥. يوظف مقاصد الشريعة في إثبات الحقوق، ويقارن بين من يرى حصر أدلة

الإثبات أو إطلاقها.

11 July 2010

”Master in ur field!!!”


Dengan namaMu Ya Rahim ku menulis..

Apa yang ada pada diriku???

Apa yang ada pada diriku??

Apa yang ada pada diriku??

Setelah 23 tahun Allah bagi nikmat…macam2 Allah bagi nikmat kat diri ni…

Nikmat iman n Islam, nikmat kasih sayang keluarga, nikmat berkawan dgn sahabat2 yang soleh solehah, nikmat hidup dalam persekitaran Islam…tapi..kadang2 diri ini terfikir, apa sumbanganku pada sekeliling?

Apa sumbangan yang boleh diri ini bagi? Huhuhu nothing nothing nothing!

Pagi tadi sejenak bersama ust Redhauddin telah membuka pintu mindaku,,,ya… aku kena berubah! Mesti berubah! Wajib BERUBAH ! Pesan ustaz, kita kena master dalam bidang masing2. Kalau bidang economic, gunakan seinfiniti yang mampu apa yang telah kita belajar..Begitu juga dengan bidang2 yang lain, ilmu wahyu, bahasa arab etc..

Jadi, RESOLUSI pada diriku:

kerahkan diri utk research berkaitan dengan bidangku: FIQH! > fiqh muamalat, fiqh Uqud, fiqh Masrafiyyah, fiqh mawarith, fiqh Muqaran, fiqh usrah,fiqh qada, Qawaid fiqhiyyah,Mabahith Turuq etc… Cari dan gali buku2 yang ada kat LIBRARY ! n then, bentang pada sahabat2 atau post dalam YG atau dalam blog..Ini janjiku utk SEMESTER ini..Moga2 Allah permudahkan urusanku…”al-ilmu bila ‘amalin kasyajarin bila thamarin…”

Madah untuk semester ni:

القواعد والفروق الفقهيَّة RKFQ4131A

فقه القضاء والدعوى والإثبات RKFQ4165A

الفقه المقارن RKFQ4170A

فقه العقود المالية RKFQ4122A