19 June 2010

Ghazwah Uhud

Bismillah wal hamdulillah...


Beberapa hari yang lepas, jiwa saya rasa kosong sangat, sangat-sangat kosong dengan pengisian-pengisian yang boleh meningkatkan diri saya kepada perjuangan..lalu saya meng'klik' dalam folder buku2 gerakan Islam yang ada dalam locak Disk (D) saya..ALHAMDULILLAH...hati saya terubat dengan kisah2 perjuangan Sirah Rasulullah SAW...:)

Ghazwah Uhud berlaku pada hari Sabtu, 15 Syawal, tahun ke-3 hijrah. Sebab berlaku ghazwah ini Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan dalam Ghazwah Badar. Mereka membuat persiapan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk memerangi Rasul s.a.w. di Madinah. Mereka keluar dalam angkatan tentera seramai 3,000 pejuang, tidak termasuk bilangan tentera Ahabisy[1].Dalam angkatan ini terdapat 700 tentera berbaju perisai dan 200 pahlawan berkuda. Bersama mereka juga, 17 orang wanita termasuk Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Suffian. Bapanya telah terbunuh dalam Ghazwah Badar. Quraisy bergerak sehingga sampai ke tengah-tengah wadi menghala ke Uhud (sebuah bukit tinggi yang terletak dua batu di utara Madinah) bertentangan dengan Madinah. Mengikut pendapat Rasul s.a.w. dan beberapa orang sahabat, orang Islam tidak perlu keluar menghadapi mereka. Bahkan orang Islam hendaklah bertahan di dalam kota Madinah. Sekiranya orang musyrik menyerang mereka, orang Islam akan menghalang mereka. Namun sebahagian pemuda-pemuda Islam serta sesetengah Muhajirin dan Ansor bersemangat untuk keluar dari Madinah dan meiawan orang musyrik di tempat perhimpunan mereka. Khususnya mereka yang tidak turut serta dalam Ghazwah Badar dan tidak memperolehi kemuliaan berperang dalam ghazwah tersebut.

Lantaran itu, Rasulullah s.a.w. telah beralah kepada pendapat mereka. Baginda masuk ke dalam rumah, memakai baju perisai, seraya meletakkan dinding perisai di belakang tubuhnya dan memegang tombak di tangan. Kemudian Baginda keluar menemui orang Islam dengan menggantung pedangnya di leher. Mereka yang mencadangkan kepada Baginda untuk keluar berperang di luar Madinah telah menyesal, kerana mereka menjadi sebab memaksa Baginda melakukan tindakan yang bertentangan dengan pendapat peribadi Baginda. Mereka berkata kepada Rasul s.a.w.:

"Kami tidak seharusnya menyalahi pendapat kamu. Oleh itu, buatlah apa yang kamu mahu, atau kamu duduk di sini sekiranya kamu mahu."

Maka Rasul s.a.w. menjawab kepada mereka dengan sabda Baginda:

“Tidak wajar bagi seorang nabi, apabila dia memakai baju perisainya untuk dia menanggalkannya semula, sehinggalah Allah memberikan hukuman antaranya dan musuhnya.”

Kemudian Baginda bersama kira-kira 1,000 orang Islam telah berangkat keluar Madinah termasuk 100 tentera berbaju perisai dan 2 pahlawan berkuda.

Ketika orang Islam berhimpun untuk keluar, Rasul s.a.w. melihat satu kumpulan

Yahudi mahu turut keluar bersama Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua orang munafik. Rasul

s.a.w. bertanya:

"Adakah mereka telah Islam?"

Mereka berkata: "Tidak wahai Rasulullah."

Baginda bersabda:

“Suruh mereka pulang. Kita tidak meminta pertolongan orang musyrik untuk

memerangi orang musyrik.”

Di pertengahan jalan, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama 300 orang munafikmenarik diri daripada turut serta membantu orang Islam berperang. Oleh itu, bilangan orang Islam hanya tinggal 700 orang. Kemudian Rasul s.a.w. meneruskan perjalanan sehingga sampai ke medan Uhud. Baginda menjadikan tenteranya membelakangi bukit Uhud dan menghadap tentera musyrik. Baginda telah membariskan tentera Islam, melantik seorang ketua bagi setiap pasukan. Baginda juga memilih 50 orang pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair al-Ansori, untuk melindungi bahagian belakang orang Islam daripada serangan balas tentera musyrik dari arah belakang. Baginda berpesan kepada mereka:

"Lindungi belakang kami supaya mereka tidak datang menyerang kita dari arah belakang. Hujani mereka dengan anak-anak panah. Kuda tidak dapat melawan panah. Kita akan terus menang selagimana kamu tetap tidak berganjak daripada tempat kamu. Ya Allah, aku bersaksikan Engkau dalam menghadapi mereka ".




Dalam riwayat lain, Baginda berpesan kepada mereka:

"Jika kamu melihat kami dilanggar garuda (kiasan kepada kebinasaan yangcukup teruk), jangan kamu tinggalkan tempat kamu ini sehingga aku kirim

utusan kepada kamu.

Sekiranya kamu melihat kami mengalah-kan kaum (musyrik) itu atau kami menewaskan mereka dan mereka terbunuh, jangan kamu tinggalkan tempat kamu sehingga aku hantar utusan kepada kamu."

Kemudian, bermulalah peperangan. Allah telah membantu orang Islam menentang musuh-musuh mereka. Orang Islam telah membunuh sebilangan mereka. Pihak musuh

kemudiannya melarikan diri. Oleh itu, orang Islam sibuk memungut harta rampasan perang yang mereka dapati di kem orang musyrik. Para pemanah di belakang mereka melihat perkara tersebut. Mereka berkata: "Apa yang kita akan buat sedangkan Allah telah memenangkan Rasul-Nya?" Mereka terfikir untuk meninggalkan posisi masing-masing untuk memperolehi habuan rampasan perang. Lantas, ketua mereka, Abdullah bin Jubair memperingatkan mereka tentang pesanan Rasul s.a.w.. Namun, mereka menjawab bahawa peperangan telah tamat dan tidak perlu lagi untuk kekal di tempat mereka, Hanya Abdullah berserta 10 orang lain enggan meninggalkan posisi masing-masing. Khalid bin al-Walid (sebagai ketua sayap kanan angkatan orang musyrik ketika itu) melihat para pemanah telah meninggalkan posisi mereka di belakang tentera Islam, lantas berpatah balik menyerang hendap dari arah belakang. Angkatan tentera Islam tidak menyedari serang hendap melainkan setelah pedangpedang menyerang mereka di sana sini. Ikatan barisan mereka menjadi kacau bilau. Ketika itu juga, tersebar khabar angin bahawa Rasul s.a.w. telah terbunuh. Sebahagian mereka telah lari pulang ke Madinah. Orang musyrik dapat sampai kepada Rasul s.a.w.. Batu-batu yang mereka lontar mengenai Baginda sehingga Baginda jatuh pengsan, mukanya luka, kedua lututnya bercalar, bibir bawahnya berdarah dan topi di kepalanya pecah. Dua cincin rantai topi itu telah terbenam masuk ke pelipis Baginda. Orang musyrik bertambah ramai menyerang Rasul s.a.w. untuk membunuh Baginda. Baginda s.a.w. tetap bertahan bersamasama sekumpulan orang mukmin, antara mereka ialah: Abu Dujanah yang bertindak menjadi perisai Rasulullah s.a.w.. Dia melindungi Baginda daripada anak-anak panah orang musyrik. Anak-anak panah itu telah menembusi belakang tubuhnya. Antara mereka lagi, Saad bin Abi Waqqas. Beliau telah memanah pada hari tersebut kira-kira 1,000 anak panah. Antaranya lagi, Nasibah Ummu 'Umarah al-Ansoriyyah. Dia meninggalkan tugas memberi minum tentera yang cedera, untuk bertempur menggunakan pedang dan memanah demi mempertahankan Rasulullah. Dia terus bertempur sehinggalah sebatang anak panah hinggap mengenai tengkuknya, menyebabkan luka yang dalam. Bersama-sama Nasibah juga, suami dan dua orang anaknya yang turut serta mempertahankan Rasulullah. Rasulullah s.a.w. mendoakan untuk mereka:

“Semoga Allah memberkati kamu sekeluarga.”

Lantas Nasibah berkata: "Doakan kepada Allah supaya kami menemanimu di syurga."

Lantas Baginda berdoa: "Ya Allah, jadikan mereka teman-temanku di syurga."

Nasibah r.ha. berkata selepas itu: "Aku tidak mempedulikan lagi bencana yang menimpaku dalam urusan dunia."

Baginda s.a.w. telah berkata berkenaan Nasibah: "Aku tidak menoleh ke kanan dan he kiri pada hari Ghazwah Uhud, melainkan aku melihatnya berperang di hadapanku".

Pada hari tersebut, Nasibah mendapat 12 luka, sama ada akibat tikaman tombak mahupun tetakan pedang. Pada saat-saat genting itu, Ubai bin Khalaf telah cuba untuk sampai kepada Rasul s.a.w. bertujuan membunuh Baginda. Dia bersumpah tidak akan berpatah balik. Maka Nabi s.a.w. mengambil sebatang tombak daripada sahabat yang bersama Baginda, lalu merejamnya ke leher Ubai. Rejaman tersebut menyebab kematiannya. Ubai bin Khalaf juga merupakan satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi s.a.w. dalam semua ghazwah Baginda. Kemudian Baginda s.a.w. dapat berdiri dan bangun dipangku oleh Tolhah bin Ubaidillah. Baginda memandang ke arah orang musyrik dan ternampak sekumpulan daripada mereka berada di atas bukit. Lantas Baginda menghantar sahabat menghalau mereka turun seraya berkata:

"Tidak sepatutnya mereka berada lebih tinggi daripada kita. Ya Allah, tiada kekuatan bagi kami metainkan dengan Kamu".

Pertempuran telah berakhir. Abu Suffian menyatakan kelegaan hatinya dan hati orang

musyrik yang lain, setelah berjaya menebus kekalahan mereka dalam Ghazwah Badar dengan kata-katanya: “Hari ini merupakan bayaran bagi hari Badar.”

Di antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Hamzah, bapa saudara Rasul s.a.w.. Hindun, isteri Abu Suffian telah mengkelar-kelar mayatnya, membelah jantungnya dan mengunyahnya. Dia merasa kepahitan jantung itu, lalu memuntahkannya. Rasul s.a.w. merasa amat sedih melihat keadaan Hamzah, lantas berkata:

“Sekiranya Allah memenangkan aku ke atas Quraisy di sesuatu tempat, aku akan kelar 30 orang lelaki daripada mereka.”





Namun selepas itu Allah melarang daripada mengelar mayat. Bilangan orang Islam yang terbunuh dalam pertempuran ini ialah kira-kira 70 orang, sementara jumlah orang musyrik yang terbunuh ialah 23 orang. Allah Taala telah menurunkan beberapa ayat berkenaan ghazwah ini bagi merawat kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka tentang punca-punca kekalahan yang menimpa mereka. Allah berfirman dalam surah Ali Imran:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat lukayang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurgapadahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal had dalam

perjuangan)? (Maksud Ali Imran: 139-142)


Selang beberapa ayat selepas itu, Allah berfirman lagi:

Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janji-Nya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izin-Nya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yangmenghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yangmenghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurnia-Nya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada orang-orang yang beriman. (Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu

Allah mem-balas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan. (Maksud Ali Imran: 152-153)



Dipetik dari buku :

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W.PENGAJARAN & PEDOMAN oleh Dr. Mustafa as-Syibaie





[1] Kaum yang dihubungkan kepada sebuah bukit di sebelah bawah Makkah yang dipanggil "Habisy". Mereka

merupakan sekutu Quraisy.

07 June 2010

POLITICAL PARTIES vs PRESSURE GROUPS


1.0 WHAT DO YOU UNDERSTAND BY POLITICAL PARTIES?

The meaning of political party according to Ware is “an institution that (a) seeks influence in a state, often by attempting to occupy positions in government, and (b) usually consists of more than a single interest in the society and so to some degree attempts to ‘aggregate interest’”[1].

According to Russell J. Dalton, “Once in government, parties exercise control over the policymaking process. Control of the executive branch and the organization of the legislative branch are decided on the basis of party majorities. The parties’ control is often absolute, as in the parliamentary systems of Europe, where representatives from the same party vote as a bloc”[2].

In Abdul Rashid Moten’s book, there are several important functions of political parties that help to make political system work efficiently and effectively[3]. First, a link between people and government. Without parties, people would stand alone and ignored by government. By working in, or voting for, a party, citizens may influence political decision. Likewise, political parties keep the citizens informed about the decisions taken by the government.

Second is aggregation of interest. Parties struggle to capture power which are strive to form order out of chaos and seek to widen the interests they represent and harmonize these with each other.

Third function is political socialization. Political parties impart political training to the ordinary voters and teach their members how to play the political game such as organize special training programs and conference, learn to speak in public, conduct meeting and so on. These help the members increase their political competence.

Fourth is mobilization of voters. While campaigning for their candidates, parties utilize various means to arouse voter’s interest and induce them to vote on Election Day.

Fifth, political parties are formed to capture political power. Parties, therefore, try their best to win majorities without which they cannot form a government or remain in power.

Lastly is viable opposition. The function of the opposition is to oppose. They criticize the policies and thus act as a check on the arbitrary exercise of power by the party in power.

2.0 COMPARE AND CONTRAST POLITICAL PARTIES AND PRESSURE GROUPS

According to Guy, “a pressure or interest group is any collection of people organized to promote a goal they share or to resist some objective of government of other groups that somehow relates to the political process.

A pressure group is any voluntary organized group of individuals outside the governmental structure which attempts the nomination, appointment of government personnel, government administration and public policies[4].

In Malaysia, there are many active pressure groups such as in human rights like Bar Council Malaysia and Malaysian Human Rights Commission (SUHAKAM). In Women such as Women's Aid Organisation (WAO) and Sister In Islam. Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM) and Jamaah Islah Malaysia (JIM) are part or pressures group in term of education and socio-cultural rights. Other pressures groups in students' movements like All Malaysia Muslim Undergraduates Movement (GAMIS) and Malaysian Muslim Students National Association (PKPIM) and so on.

Political parties and pressure groups are the same at the outset, but there are many differences between them in term of:

2.1 Goals

The goal of political party is to acquire power through election.

The interest group is concerned with specific programs and issues and is rarely represented in the formal structure of the government. It tries to steer political parties and their elected officials towards certain policies rather than enacting those policies itself. Interest groups often try to win the favor of political parties.

2.2 Nature of Membership

In political parties, their membership is much more than the interest group and want to broad enough support to win an election.

Interest groups generally have a more selective membership. Such as members of students' movements like GAMIS have selected among student only. Besides that, interest groups are narrow. They focus for a specific problem of issue.

2.3 Almost Unlimited Number

The number of political parties must be limited including the length of a ballot.

But there is no functional limit on the number of interest groups and some countries, such as United State offer a particularly fertile environment for their development.

2.4 Influence

The political groups seek to gain influence in parliament through the House of Commons and so put up candidates for elections (whether general elections or by-elections) in the hopes that citizens will vote for them. The more votes they receive, the greater their influence in parliament.

Meanwhile, the pressure groups do not do this but seek to influence the public through their organizations, for example, Shelter deals with the homeless, and Greenpeace is best known for its environmental work. They influence the government from the outside.

3.0 MAIN IDEOLOGY AND MEMBERSHIP OF THE POLITICAL PARTY IN MALAYSIA

Main Political Parties in Malaysia divided into two parties which are component parties of the ruling coalition (National Front/Barisan Nasional) and the opposition parties.

3.1 COMPONENT PARTIES OF THE RULING COALITION

The ideologies of component parties of the ruling coalition are uniting Malaysia from various different religions, cultures and ethnic groups to become a race that is strong, successful and has vision.

The membership of the component parties of the ruling coalition are:

i. United Malays National Organisation (UMNO)

ii. Malaysian Chinese Association (MCA)

iii. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)

iv. Sarawak United People's Party (SUPP)

v. Malaysian Indian Congress (MIC)

vi. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) (Malaysian People's Movement Party)

vii. Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS)

viii. Parti Bersatu Sabah (PBS) (Sabah United Party)

3.2 OPPOSITION PARTIES

The ideologies of opposition parties are carry the tremendous burden of upholding democracy in the Malaysian government. They make the government the subject of scrutiny and control. They also constructively point to the flaws or ambiguities in bills or policies, and disclose irregularities or suspected graft or corruption, and can articulate genuine communal grievances and apprehensions[5].

Several opposition political parties are still active playing their roles in Malaysian politics, whether inside or outside Parliament. The three major memberships of opposition political parties are:

i. Barisan Alternatif (BA)(The Alternative Front):

ii. Parti Islam SeMalaysia (PAS) (Pan-Malaysian Islamic Party)


iii. Parti Keadilan Rakyat (PKR) (People's Justice Party)

REFERENCES

1. Ware, Alan.Political Parties and Party Systems ( New York: Oxford university press Inc.,1996).

2. Dalton, Russell J, Citizen Politics: Public Opinion and Political Parties in advanced Industrial Democracies(New Jersey: Chatham House Publishers,Inc. 1996 )144.

3. Abdul Rashid Moten and Syed Serajul Islam, Introduction to Political Science 2E(Singapore: Thomson Learning,2006)271-273.

4. Muhamad Fuzi Omar, Strategies and Tactics of Mobilisation: Opposition Political Parties in Malaysia, 1982-2003(IIUM), june 2007,18.

5. http://wiki.answers.com. 27 May 2010

6. http://www.aliran.com/oldsite/more.html. 28 May2010

7. http://www.pilihanraya.com.my/english/barisan_national.asp. 31 May 2010.


[1] Ware, Alan.Political Parties and Party Systems ( New York: Oxford university press Inc.,1996)5.

[2] Dalton, Russell J, Citizen Politics: Public Opinion and Political Parties in advanced Industrial Democracies(New Jersey: Chatham House Publishers,Inc. 1996 )144.

[3] Abdul Rashid Moten and Syed Serajul Islam, Introduction to Political Science 2E(Singapore: Thomson Learning,2006)271-273.

[4] Abdul Rashid Moten and Syed Serajul Islam, Introduction to Political Science 2E(Singapore: Thomson Learning,2006)285.

[5] Muhamad Fuzi Omar, Strategies and Tactics of Mobilisation: Opposition Political Parties in Malaysia, 1982-2003(IIUM), june 2007,18.


Posted by: nurul fatihah rosely

student of political science

sem 3, 2009/2010

International Islamic university malaysia(IIUM)