07 June 2010

TIP MEMBINA TABIAT MEMBACA…

Salamunalaik wa syukrullah...

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan" (Al-Alaq:1)



Membaca itu memang meneronokkan. Bagaimana menanam semangat membaca yang utuh dalam jiwa? Berikut disertakan beberapa tip yang berguna. Selamat membaca sahabat2 :)

1. SENTIASA MEMBAWA BUKU kemana sahaja. Dengan kewujudan pelbagai buku sebesar tapak tangan kiri, buku mudah di bawa kemana2 sahaja.

2. TETAPKAN SASARAN. Berapa buah bukukah anda ingin membaca untuk seminggu? Atau sebulan? Atau setahun?

3. Mempunyai MASA YANG KHUSUS untuk membaca. Mungkin memadai membaca dalam tempoh 10-15 minit sekali..tetapi kerap..seperti membaca semasa bersarapan, sebelum tidur dan sebagainya..

4. BUAT SENARAI BUKU yang ingin dibaca. Tandakan buku yang telah dibaca atau belum dibaca dalam senarai tersebut.

5. Cari TEMPAT MEMBACA YANG SESUAI, selesa, sunyi dan jauh dari sebarang gangguan atau apa-apa sahaja yang boleh menarik perhatian.

6. Kurangkan menonton televisyen, melayari FACEBOOK atau melayari internet yang tidak member faedah.

7. ASINGKAN BUKU YANG TELAH DIBACA daripada buku yang belum dibaca di atas rak. Berapa ramai yang berbangga dengan jumlah buku yang banyak tersususn kemas di rak, namum hakikatnya tidak pernah membaca.



8. Jika anda mempunyai anak-anak, BACAKAN BUKU UNTUK MEREKA. Mungkin anda menjadikan rutin “bed-time story”cara menjadikan amalan membaca satu tabiat.

9. Jadikan amalan membaca satu AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN. Mungkin anda boleh hidangkan secawan kopi sebagai peneman saat membaca.

10. Sediakan beberapa peratus daripada jumlah pendapatan anda untuk DIBELANJAKAN di kedai buku.

11. Jadilah “PEMBURU BUKU". Pantang ada buku baru terbit, anda perlu segera mendapatkannya.


12. PELBAGAIKAN cara membaca. Cara konversonal mungkin memerlukan tumpuan penuh dan kadangkala agak membosankan. Konteks “membaca”boleh diperluaskan kepada mendengar ceramah, menonton siri dokumentari dansebagainya.

13. PILIH BACAAN YANG BAIK. Hanya bahan bacaan yang baik akan memberi added value yang positif kepada pembaca.



14. BIAR SEDIKIT asalkan berterusan (ISTIQAMAH) 

Reference:

Solusi, isu no.18, Mei 2010,98.

No comments:

Post a Comment