06 July 2010

buatmu adik-adik SHAMS...

Salamun alaik wa syukrullah :)

Dengan namaMu Ya Allah ku menulis…

Entah tiba-tiba diri terasa ingin menulis, tiba-tiba ingin menyatakan isi yang terbuku dihati..buat siapa?? Khusus buat adik-adik yang disayangi di bumi waqafan SHAMS

Adik-adik…

Entry ini ditulis untuk menterjemaah betapa kak tiha sayang sangat kat adik-adik SHAMS..terlalu sayang. Sayang sebagai seorang kakak kepada adik, sayang sebagai seorang kakak yang merasai pengalaman tarbiyyah di bumi waqafan SHAMS, rasa teruja untuk bercerita kat adik-adik bagaimana rasanya diri ini memperoleh tarbiyyah. Nak-nak masa di tingkatan 1 dulu(kak2 kata masa saya F1 adalah ‘serpihan ’ zaman kegemilangan SHAMS, tak tahulah 5 10 tahun akan datang macamana)..moga2 adik2 adalah penyambung wasilah tarbiyyah di SHAMS. Jangan sesekali merungkai ikatan tarbiyyah..

30 jun hingga 3 julai 2010 , ALHAMDULILLAH… ALLAH bagi lagi kesempatan untuk kak tiha jumpa adik2 SHAMS. Tak perlah, jumpa adik2 badan pengawas SHAMS dah cukup-cukup terubat dah kerinduan hati ni pada sekolah. Mana tidaknya, dah hampir enam tahun dah tak merasai rasa tinggal sekali dengan adik2..walaupun hanya 4 hari 3 malam di Kem RELA bersama adik2 SHAMS, sudah cukup untuk menggamit kenangan sewaktu di asrama dulu2 (teringat musim2 bola waktu F3 dulu, tahun 2002 J, akibat demam bola, malam tu ada sahabat muslimat yang duk curi2 tengok TV kat pondok guard asrama, tak pergi Prep. pagi tu apa lagi…bising la ustazah rokiah hasan-moga Allah permudahkan urusan ustazah..ameen ya Rahim- minta siapa yang duk curi tengok tv kuar depan..apa lagi ..pagi tu memang masuk kelas lewat la kami semua..)

Adik-adik SHAMS…

Terasa sedih sangat tiap kali kak tiha turun sekolah jumpa dengan cikgu2, cikgu2 cakap: “tengoklah adik2 awok ni…nasihat la sket””emm..sekolah kita banyak masalah.” bla bla bla..rasa sedih sangat bila turun, tu la kebanyakan cikgu2 atau senior2 adik2 timbulkan.. Kadang2 kak tiha mari terfikir, “ke saloh aku, saloh batch aku mendidik adik2 ni? ”,”ke saloh cikgu2 dalam mentarbiyyah anak2??”..fikir2 kan adik2..tapi ape2 pun, yang paling ketara masalah di SHAMS adalah masalah AKHLAK..abg ridhuan Salleh(alumni SHAMS, SPM 89) pun ada cakap masa KEM PRO hari tu..

Tapi apa2 pun yang melanda sekolah kita, kita jangan sesekali rasa tak nak tolong adik2 kita, adik2 generasi2 yang akan datang. Pertahankan tradisi SHAMS yang boleh menaikkan SAHSIAH pelajar2, yang boleh membimbing kita ke arah biah yang solehah..

Adik-adik…

Ambillah, kutiplah, tadahlah segala apa2 yang cikgu2 berikan kat sekolah, hormat pada guru2, korek pada cikgu2 yang dah lama di SHAMS, Tanya mereka, jangan kita “bodoh sombong”, “buat kepala sendiri”…ketahuilah adik2, bumi WAQAFAN SHAMS banyak melahirkan insan2 yang berguna..pelajar SHAMS waima mereka melabelkan diri mereka kat sekolah “aku budok kelas last sekali, dok layok”, “dok pakka ghawwa” pun, bila keluar je dari sekolah, ketahuilah adik2, seeeeeeeemua menjadi “orang”..Itulah KEBERKATAN di bumi WAQAFAN SHAMS..

p/s: teringat bila lawat kat SHAMS, bila tiba azan asar surau warna hijau tepi skolah,masih terdengar lagi suara pak cik muazzin..teringat masa F1 dulu, suara itulah yang di dengar sampai sekarang – semoga ALLAH panjangkan usia pak cik..

2 comments:

  1. sedih la baca wasiat kak tha.. sob2 rasa nak menitis air mata.. (T___T)

    ReplyDelete
  2. salam kak tiha..
    terharunyerr..
    doa2kan kami ye kak..
    agar tali tarbiyyah di shams akan trsimpul mati..
    sayanggg kak tiha..=))

    ~shahirah amalina,adik kak tiha..hee.. :)

    ReplyDelete